Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya

Pada 19 Julai yang lalu, seramai 12 orang murid tahun 6 bersama dengan 3 orang guru pengiring telah menyertai rombongan ke sekitar kawasan Putrajaya. Lawatan diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang pembangunan di kawasan persekitaran hidup murid. Walaupun kediaman murid berhampiran dengan Putrajaya, namun ternaya hanya beberapa orang sahaja yang telah menjejakkan kakinya ke Putrajaya. Amat malang bagi murid ini kerana ketinggalan dalam arus kemodenan zaman. Oleh itu pihak sekolah dengan inisiatif sendiri telah membawa murid-murid yang terpilih mengikut kriteria iaitu kehadiran penuh ke sekolah dan kelas tambahan hujung minggu membawa murid-murid ini ke Putrajaya. Pelbagai gelagat dan telatah terlihat pada diri murid.

Selamat Datang Tahun 2011

Selamat datang tahun 2011. Tahun yang penuh dengan semangat dan idea baru para guru untuk terus meningkatkan prestasi dan memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Pelbagai perkara suka duka telah berlalu kini cerita dan lembaran baru dibuka. Selamat datang kepada guru baru dan guru yang telah bertukar atas kepentingan perkhidmatan, jasa dan tenaga serta kerja Tuan amatlah dihargai...

Salam Kenangan Kepada Guru Yang Bertukar..
1. En Idris bin Abdul Rahman - GPK HEM bertukar ke SK Desa Putra sebagai Guru Kanan 1
2. En Mohd Azmi bin Zulkifli - Guru Matematik, SU Sukan bertukar ke SK Dato' Abu Bakar Baginda
3. En Mohd Rahman bin Rabingan - Guru Kokurikulum telah bertukar ke PPD Klang sebagai Penyelia Pembangunan.
4. En Mohd Amin bin Joned - GPK Kokurikulum bertukar ke SK Dengkil sebagai Guru Kokurikulum juga.
5. En Zanuddin bin Sanuan - Guru Media bertukar ke SK Putra Perdana 2 sebagai Penyelia Petang.

Tahniah dan terima kasih di atas jasa anda.

Senarai Nama Guru Dan Kakitangan Sekolah Sesi 2010


Berikut adalah senarai nama guru dan kakitangan sekolah yang masih berkhidmat di sekolah ini. Dengan berbekalkan tenaga kerja guru seramai 18 orang dan kakitangan sokongan seramai 5 orang dan bilangan murid seramai 218 orang, maka sekolah ini beroperasi bagi memastikan bahawa murid yang akan dilahirkan dapat menguasi tahap membaca, menulis dan mengira dengan baik sejajar dengan kepesatan pembangunan dikelilingi Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA. Tahniah diucapkan atas kesungguhan dan kerja keras demi membantu memajukan pendidikan masyarakat Orang Asli menjadi lebih berkualiti.


Azhar bin Ujang
Guru Besar
Hj Muhammad bin Sipon
Guru Kanan Kurikulum
Idris bin Abd Rahman
Guru Kanan HEM
Mohd Rahman bin Rabingan
Guru Kanan Kokurikulum
Zanuddin bin Sanuan
Guru Penyelaras Media
Suzaim bin Parman
Guru Penyelaras Bestari
Zulfikri bin Abu Samian
Guru Data dan Maklumat
Nurmala Devi Abdullah
Guru Kelas Tahun 6
Nor’Aida binti Rawi
Guru Kelas Tahun 5
Rosetah binti Arep@Ariff
Guru Kelas Tahun 4
Firdaus Ayak bin Abdullah
Guru Kelas Tahun 3
Zaharah binti Yahya
Guru Kelas Tahun 2
Zuraini binti Mohd Sauti
Guru Kelas Tahun 1
Rozima binti Sman@Osman
Guru Kelas Prasekolah
Hafizah binti Abd Jamil
Guru Kelas Pemulihan
Mohd Azmi bin Zulkifli
Guru Matematik
Anwar bin Mohd Salleh
Guru Agama
Nik Mohd Sayuti bin Nik Pa
Guru J-Qaf
KAKITANGAN SEKOLAH
Hamizan binti Mohd Zin
Pembantu Tadbir N17
Salasiah binti Abdul Rahim
Pembantu Am Pejabat N1
Zulaila binti Sulong
Pembantu Prasekolah N17
Nurul Diyana Syazwani Norden
Juruteknik Komputer FT17
Katan bin Potong
Pekerja Rendah Awam R1

Carta Organisasi Sekolah

SEKOLAHKU INDAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH





SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

1.

Nama Sekolah

:

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOI (A)

2.

Tarikh di tubuhkan

:

1 September 1960

3.

Jumlah Guru

:

2 orang


1.09.1960

Sebuah bangunan sekolah dengan 32 orang murid serta 2 orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar. Pengajaran dijalankan secara kelas bercantum.

1982

Padang sekolah dibina secara bergotong – royong oleh orang kampong. Sebagai kemudahan untuk menja;lankan aktiviti Pendidikan Jasmani , latihan bolasepak dan Olahraga sekolah. Padang ini berkongsi dengan penduduk kampong untuk kegiatan belia.

1984

Sebuah bilik darjah seluas 20’ x 25’ telah didirikan oleh pihak JHEOA bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah hasil daripada “ Kempen Masuk Kampung “ yang dijalankan oleh Guru Besar dan guru-guru. Jumlah murid ketika itu mencapai angka 145 orang dengan guru seramai 9 orang. Oleh kerana bertambahnya bilangan guru maka status kelas bercantum dihapuskan.

1988

Sebuah blok bangunan satu tingkat separa batu yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah didirikan.

1991

Sebuah blok bangunan konkrit satu tingkat telah dibina. Blok ini mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar. Pertambahan bilangan bangunan adalah disebabkan bertambahnya bilangan murid. Jumlah murid ketika itu adalah seramai 189 orang. Mereka dating dari kampong-kampung orang asli sekitar Dengkil. Antaranya kampong Bukit tampoi , Kampung Bukit Bangkung , kampong Tasik , Kampung Sungai Melut , Kampung Bukit Jenuk, kampong Bukit Unggul , Kampung Bukit Dugang , Kampung Air Terentang , dan Kampung Bukit Baja. Mereka dating ke sekolah dengan menaiki bas dan van sekolah yang dibiayai oleh pihak JHEOA sepenuhnya.

1997

Sebuah bangunan sekolah dua tingkat telah didirikan. Bangunan ini menjadi pengganti kepada bangunan asal yang telah diistiharkan kondem oleh pihak JKR Sepang.




VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

BERILMU , PROGRESIF , BERKETRAMPILAN DAN BERSAHSIAH MULIA

MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM BIDANG KOKURIKULUM DAN SIHAT JASMANI DAN ROHANI