Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya

Pada 19 Julai yang lalu, seramai 12 orang murid tahun 6 bersama dengan 3 orang guru pengiring telah menyertai rombongan ke sekitar kawasan Putrajaya. Lawatan diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang pembangunan di kawasan persekitaran hidup murid. Walaupun kediaman murid berhampiran dengan Putrajaya, namun ternaya hanya beberapa orang sahaja yang telah menjejakkan kakinya ke Putrajaya. Amat malang bagi murid ini kerana ketinggalan dalam arus kemodenan zaman. Oleh itu pihak sekolah dengan inisiatif sendiri telah membawa murid-murid yang terpilih mengikut kriteria iaitu kehadiran penuh ke sekolah dan kelas tambahan hujung minggu membawa murid-murid ini ke Putrajaya. Pelbagai gelagat dan telatah terlihat pada diri murid.

Selamat Datang Tahun 2011

Selamat datang tahun 2011. Tahun yang penuh dengan semangat dan idea baru para guru untuk terus meningkatkan prestasi dan memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Pelbagai perkara suka duka telah berlalu kini cerita dan lembaran baru dibuka. Selamat datang kepada guru baru dan guru yang telah bertukar atas kepentingan perkhidmatan, jasa dan tenaga serta kerja Tuan amatlah dihargai...

Salam Kenangan Kepada Guru Yang Bertukar..
1. En Idris bin Abdul Rahman - GPK HEM bertukar ke SK Desa Putra sebagai Guru Kanan 1
2. En Mohd Azmi bin Zulkifli - Guru Matematik, SU Sukan bertukar ke SK Dato' Abu Bakar Baginda
3. En Mohd Rahman bin Rabingan - Guru Kokurikulum telah bertukar ke PPD Klang sebagai Penyelia Pembangunan.
4. En Mohd Amin bin Joned - GPK Kokurikulum bertukar ke SK Dengkil sebagai Guru Kokurikulum juga.
5. En Zanuddin bin Sanuan - Guru Media bertukar ke SK Putra Perdana 2 sebagai Penyelia Petang.

Tahniah dan terima kasih di atas jasa anda.