Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya

Pada 19 Julai yang lalu, seramai 12 orang murid tahun 6 bersama dengan 3 orang guru pengiring telah menyertai rombongan ke sekitar kawasan Putrajaya. Lawatan diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang pembangunan di kawasan persekitaran hidup murid. Walaupun kediaman murid berhampiran dengan Putrajaya, namun ternaya hanya beberapa orang sahaja yang telah menjejakkan kakinya ke Putrajaya. Amat malang bagi murid ini kerana ketinggalan dalam arus kemodenan zaman. Oleh itu pihak sekolah dengan inisiatif sendiri telah membawa murid-murid yang terpilih mengikut kriteria iaitu kehadiran penuh ke sekolah dan kelas tambahan hujung minggu membawa murid-murid ini ke Putrajaya. Pelbagai gelagat dan telatah terlihat pada diri murid.