SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH





SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

1.

Nama Sekolah

:

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOI (A)

2.

Tarikh di tubuhkan

:

1 September 1960

3.

Jumlah Guru

:

2 orang


1.09.1960

Sebuah bangunan sekolah dengan 32 orang murid serta 2 orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar. Pengajaran dijalankan secara kelas bercantum.

1982

Padang sekolah dibina secara bergotong – royong oleh orang kampong. Sebagai kemudahan untuk menja;lankan aktiviti Pendidikan Jasmani , latihan bolasepak dan Olahraga sekolah. Padang ini berkongsi dengan penduduk kampong untuk kegiatan belia.

1984

Sebuah bilik darjah seluas 20’ x 25’ telah didirikan oleh pihak JHEOA bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah hasil daripada “ Kempen Masuk Kampung “ yang dijalankan oleh Guru Besar dan guru-guru. Jumlah murid ketika itu mencapai angka 145 orang dengan guru seramai 9 orang. Oleh kerana bertambahnya bilangan guru maka status kelas bercantum dihapuskan.

1988

Sebuah blok bangunan satu tingkat separa batu yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah didirikan.

1991

Sebuah blok bangunan konkrit satu tingkat telah dibina. Blok ini mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar. Pertambahan bilangan bangunan adalah disebabkan bertambahnya bilangan murid. Jumlah murid ketika itu adalah seramai 189 orang. Mereka dating dari kampong-kampung orang asli sekitar Dengkil. Antaranya kampong Bukit tampoi , Kampung Bukit Bangkung , kampong Tasik , Kampung Sungai Melut , Kampung Bukit Jenuk, kampong Bukit Unggul , Kampung Bukit Dugang , Kampung Air Terentang , dan Kampung Bukit Baja. Mereka dating ke sekolah dengan menaiki bas dan van sekolah yang dibiayai oleh pihak JHEOA sepenuhnya.

1997

Sebuah bangunan sekolah dua tingkat telah didirikan. Bangunan ini menjadi pengganti kepada bangunan asal yang telah diistiharkan kondem oleh pihak JKR Sepang.




No comments:

Post a Comment